Pakej Outdoor 2 hari / 1 Malam Gopeng Perak: Cabaran Berkumpulan Yang Sukar Dilupakan
Kepada anda yang meminati program outdoor dan ingin merasai sendiri aktiviti-aktiviti mencabar bawalah kumpulan anda ke Gopeng, Perak untuk bersama-sama kami. PAKEJ 2 HARI / 1 MALAM DI GOPENG ini menjanjikan suatu kelainan dengan penginapan selesa di tepi sungai, aktiviti-aktiviti mencabar yang pasti akan menjadikan program outdoor anda suatu pengalaman yang sukar dilupakan. Maklumat penuh pakej outdoor ini sila baca di bawah.
Kod Program: GP/MAH001
Lokasi: Murni Camp, Kg Jahang, Gopeng, Perak
OBJEKTIF PROGRAM
* Bina semangat setiakawan
* Memupuk kepimpinan
* Menambah ilmu dan skill outdoor
* Memberi peluang untuk merancang di dalam kumpulan
* Membina pemikiran aras tinggi dan keyakinan diri
PAKEJ PERKHEMAHAN BERKUMPULAN (MINIMA 40 PAX)
- Harga Pakej: RM178.00 seorang
- Bilangan peserta: minima 40 orang
- Harga ini sah sehingga 31 Disember 2018 sahaja (tempat adalah terhad). Bayaran secara tunai, cek dan online sahaja.
- Program ini khas untuk pelajar sekolah, penuntut IPT / IPTA, badan beruniform sekolah, dan penuntut kolej dan universiti sahaja.
- Medium pengantaraan: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Pakej 2 Hari / 1 Malam Gopeng Ini Termasuk
- Penginapan 2 hari / 1 malam (boleh dilanjutkan jika perlu – dengan caj tambahan)
- Penginapan berkhemah 4 atau 5 pax : 1 khemah (khemah disediakan, dengan caj tambahan boleh upgrade ke bilik dorm)
- 1 sarapan pagi, 1 makan tengahari, 1 makan malam
- Sewaan ruang dewan
- Aktiviti #1 – Night walk (2 jam bermula dari Kem)
- Aktiviti #2 – Explorasi Gua Tempurung (Tahap 3 – Kering dan Basah) – termasuk pengangkutan dari kem ke lokasi, tiket masuk, helmet keselamatan dan renjer gua.
- Aktiviti #3 – River Tubing – Termasuk peralatan, river guide dan pengangkutan ke lokasi permulaan.
CARA KE LOKASI DI GOPENG
Untuk tiba ke Gopeng dengan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan, keluar di Toll Gopeng samada dari arah Utara ataupun Selatan. Teruskan perjalanan ke pekan Gopeng dan dari situ ke Kampung Jahang.
Bagi yang menaiki bas persiaran atau sebagainya, bas tidak boleh melalui jalan kampung untuk sampai ke lokasi. Anda akan memerlukan pengangkutan tambahan apabila tiba di Gopeng. Ini boleh dirancangkan dengan pihak kami.
TEMPAHAN DAN PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan ataupun untuk membuat tempahan, sila emailkan kepada kami di helpdesk@myadventurehost.com
Semoga kita berjumpa satu hari nanti!
Daripada
Team My Adventure Host
Berkaitan: Inginkan program yang sama tetapi untuk 3 Hari / 2 Malam? Maklumatnya di sini.
Berkaitan: Program Pelajar 3 Hari / 2 Malam – Perkhemahan & White Water Rafting
Boleh kah pihak sekolah menganjurkan aktiviti perkhemahan di kawasan ini?
Jika ya, apakah pakej yang disediakan?
Memang boleh. Maklumat telahpun dihantar ke alamat email tuan.