Saya fikir anda tentu setuju bila saya kata:
Pening kepala nak cari pakej water rafting. Info semua berterabur di internet, nak pilih yang mana satu ni?
Pakej water rafting Gopeng yang kami offer memang awesome!
Kalau nak mencuba white water rafting dan mencari rafting operator yang sesuai why not contact kami?
Bila anda cari pakej rafting pastikan apa yang anda akan pastikan berbaloi dengan harga yang anda bayar tu.
Apa yang ada di dalam pakej tu?
Info tu semua ada saya tulis di bawah..
Tak dinafikan memang ada amat ramai pengusaha white water rafting di Gopeng ni.
Tapi eloklah cari company yang mempunyai ciri-ciri penting seperti safety record yang excellent, berpengalaman lama di dalam sukan ini, mesra dengan pelanggan dan mudah dihubungi (nak whatsapp aje pun boleh) – tak begitu?
Kami ni dah 13 tahun pemasaran rafting secara online dan offline, dan 21 tahun pengalaman white water rafting secara komersial.
Hasil gabungan mantap dua syarikat – My Adventure Host & Raft Asia anda dapat rasai excitement white water rafting dengan guide yang experience dan mesra.
Dan juga cara booking online yang mudah dan senang bincang.
Di mana lokasi rafting ni sebenarnya?
Sungai yang digunakan untuk aktiviti ni ialah Sungai Kampar. Tempat permulaan white water rafting ini terletak di Ulu Geruntum.
Ianya lebih kurang 30 minit perjalanan dari pekan Gopeng.
Di dalam perjalanan ke lokasi, kita akan melalui jalan kampung yang agak sempit dengan selekoh-selekoh tajam, melalui kampung, dusun dan hutan.
Ada orang panggil White water rafting Sungai Kampar, ada juga yang kata White water rafting Gopeng – semuanya actually sama aje.
Lokasi sama, penggunaan nama aja sedikit berbeza – jadi jangan keliru.
Ok, lihat ni pakej rafting kami:
PAKEJ WATER RAFTING GOPENG
Anda dapat semua ni:
- Peralatan white water rafting iaitu self-bailing raft (bot), helmet, life vest dan pendayung (paddle)
- River guide yang profesional dan berpengalaman
- Pengangkutan ke lokasi permulaan dari tempat parkir kenderaan anda
- Snek dan minuman ketika rehat santai di sungai
- Makan tengahari yang lazat setelah tamat program
- Gambar semasa rafting – ni penting ni ha..ha.. nanti nak share kat FB, Insta bagai, hancus la kalau tak de
Harga dia macam mana pulak:
Harga cuma RM140.00 seorang, kena minima 5 orang.
Kalau ada ramai lagi macam mana? Jangan risau kalau ada kumpulan 15 orang ke atas – bagi tau, nanti kami bagi group discount. Kalau kurang dari 5 orang pulak? Still boleh, tapi ambik program yang ni.
Nak buat bayaran macam mana?
Mudah aje, bila dah confirm nanti, kami akan bagi nombor akaun. Akaun kami dengan Maybank (jadi bolehlah guna Maybank2u), atau pun Interbank Transfer dari bank-bank lain pun boleh.
Boleh pilih hari ke?
Ye, boleh. Kami jalankan trip setiap hari termasuklah hari cuti umum dan cuti perayaan.
Kami aje yang tak cuti ha..ha..
..Masa mula pulak macam mana?
Yang ni pun boleh pilih jugak. Samada nak trip pagi ataupun trip tengahari.
Cuma ada hari-hari tu yang mungkin kami dah ada booking untuk sessi pagi atau petang, jadi kami akan kumpulkan semua booking untuk masuk sessi yang sama.
Tip Penting: Kalau musim hujan, try jangan book trip petang – takut nanti hujan dan air naik mendadak.
Sessi Pagi: Jumpa 8.30am
Sessi Tengahari: Jumpa 1.00pm
Ciri Sungai Kampar
Jeram-jeram di sungai ini bergred 1 hingga 3.
Ini bermaksud ia mempunyai jeram-jeram yang kecil dan besar dan juga jeram yang challenging dan mencemaskan.
Sungai ini berliku-liku membuatkan ianya suatu trip yang teknikal. Sungai menjadi rata di pengakhir trip.
Trip akan tamat di Kampung Jahang dan keseluruhan program akan mengambil masa lebih kurang 2 jam tertakluk kepada kebolehan peserta dan kondisi cuaca dan level air.
Pekan Gopeng ni di mana?
Gopeng ni terletak cuma 20 minit dari bandar Ipoh. Ianya pekan kecil sahaja.
Kalau memandu dari selatan seperti Kuala Lumpur, Shah Alam dsb, pandu menghala utara dan keluar di plaza toll Gopeng.
Kalau datang dari utara pun sama, keluar di toll Gopeng.
Jangkamasa perjalanan dari Kuala Lumpur ialah lebih kurang 2 jam.
Apa yang perlu dibawa?
Untuk aktiviti white water rafting guna pakaian dari material cepat kering / quick dry.
Elok guna pakaian yang tutup seluruh tubuh sebab perjalanan di sungai mungkin di dalam cuaca panas terik.
Jangan guna material kapas/cotton sebab bila basah susah nak kering dan jadi berat.
Kasut atau sandal bertali perlu pakai – tak boleh berkaki ayam.
Kemudian bawa baju bersih dan tuala untuk diguna bila selesai rafting nanti.
Nak bawak camera boleh ke?
Ye, boleh. Tapi pastikan yang camera tu waterproof.
Kalau phone pun boleh tapi letak di dalam waterproof pouch. Helmet mounting untuk kamera gopro – sila bawak sendiri.
Kanak-kanak boleh join?
Ye, untuk sungai ni boleh. Tetapi mereka perlu berumur 10 tahun ke atas.
Tidak digalakkan untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari 10 tahun oleh kerana risiko aktiviti.
Parking kereta di mana?
Tengok kepada kesesuaian, kami akan beritahu nanti.
Di mana untuk letakkan kenderaan anda? – ada 2 tempat : samada di parkir tempat pelawat Gua Tempurung atau di Kampung Jahang.
Tak ada pengalaman kalau boleh join?
Ya, boleh. Lebih kurang 65% yang datang trip rafting ini adalah first timers.
Jadi jangan risau. Sungai ini adalah yang terbaik sekiranya ini adalah pengalaman pertama anda untuk mencuba white water rafting.
Safety briefing akan dilakukan sebelum semua trip rafting dan ini akan memberi pengenalan dan maklumat asas kepada anda tentang white water rafting sebelum anda turun ke sungai.
..kami selalu dapat soalan ni..
Kalau tak tahu berenang boleh join ke?
Ye, boleh. Ramai yang datang rafting pun ada yang tak tahu berenang.
Janji anda confident dan tak mudah panic.
Semasa di sungai nanti jangan dibuka life vest atau helmet yang dipakai tu.
Siapa yang tak digalakkan join?
Sesiapa yang mengandung, yang ada lemah jantung, baru baik dari operation atau patah tulang yang baru nak sembuh ditegah dari join trip ini.
Ini kerana program ini mempunyai risiko tertentu bagi mereka ini.
Yang mengidap asthma boleh join – jangan lupa bawak ubat, pastikan lelah asthma under control sebelum trip.
Yang ada alahan serius terhadap gigitan serangga – bawa ubat – anda sendiri tahu siapa anda.
Ok, last sekali:
Macam mana nak buat booking?
Boleh contact kami melalui email di helpdesk@myadventurehost.com atau whatsapp ke 019-3849691.
Sila berikan maklumat berikut:
<Pakej Water Rafting Gopeng> Tarikh, jumlah peserta, dan nama anda.
Semoga kita berjumpa satu hari nanti, insyallah!
Drp
Izz Idris & My Adventure Host team