Pakej Hutan Royal Belum

Hutan Royal Belum yang terletak di negeri Perak ini adalah salah satu hutan tropika yang tertua di dunia. Kawasan ini dengan permandangannya yang indah dan sunyi dari hiruk-pikuk kota menggamit pengunjung untuk melawatinya.

pakej hutan royal belum

TASIK TEMENGOR
Tasik Temengor adalah kawasan hutan simpan di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Ianya merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan telah siap dibina pada tahun 1974. Tasik Temenggor antara tasik buatan terbesar di Perak dengan keluasan permukaan 15,200 hektar. Destinasi 200km dari Ipoh ke Grik menghadiahkan anda panorama alam semulajadi yang satu-satunya terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan. Keindahan dan keistimewaan Tasik Temenggor ini tidak jauh bezanya dari Hutan Royal Belum. Namun apa yang membezakannya, tasik ini tidak memerlukan permit untuk memasukinya. Keindahan alam semulajadi yang berusia 130 Juta tahun ini tetap dipelihara. Jabatan Perikanan Perak ditugaskan melaksanakan Pelan Pengurusan Tasik Temengor. Tasik Temengor terbahagi kepada Zon Pemuliharaan, Zon Perikanan Rekreasi dan Zon Komersil. Zon Pemuliharaan merangkumi bahagian Utara Tasik Temenggor iaitu Sungai Kejar , Sungai Tiang dan Sungai Gadong. Di Tasik ini juga merupakan tempat menjadi tumpuan kaki pancing. Antara ikan-ikan yang terdapat di sini ialah Kelah, Temoleh, Baung, Kelabau, Tengas, Tengalan, Loma, Tengalan, Sebarau dah Lampam.

PULAU TALI KAIL
Dari Jeti Banding menuju ke Pulau Tali Kail hanya mengambil masa lebih 30 minit dengan menaiki bot. Pulau ini merupakan salah satu daripada gugusan pulau-pulau yang ada di Pulau Banding. Pulau yang diselenggarakan oleh Jabatan Perhutanan Perak ini, menjadi tumpuan para pelancong kerana di kemuncak bukit yang berkentinggian lebih dari 500 kaki ini menjanjikan sesuatu yang luar biasa. Mendaki selama 45 minit untuk ke kemuncak sememangnya tidak terasa kerana kehijauan Hutan Hujan Tropika ini menghidangkan  pelbagai spisis pokok-pokok balak yang berusia ratusan tahun. Dipuncak pulau ini terdapat satu menara yang berkentinggian 80meter. Disini anda akan dapat melihat panorama indah Tasik Banding yang tidak mungkin anda lupai.

HOUSE BOAT
Satu kelainan yang santai bagi anda melaukan aktiviti riadah bersama keluarga sambail menikmati keindahan alam semulajadi. House Boat milik resort ini memuatkan penumpang seramami 16 orang akamn membawa anada menyusuri keindahahn Pulau Banding dan Tasik Temenggor. Perhentian di Sungai Gadong semalaman membolehkan anda melalukan aktiviti memancing ikan toman dan berkayak.Antara kemudahan asas yang disediakan ialah empat buah kabin yang selesa, dapur untuk memasak ,bilik air,ruang rehat, dan bilik karaoke.

pakej house boat royal belum 2 hari 1 malam

ARTIKEL BERKAITAN

    1. Pakej House Boat Royal Belum – Bermula dari 2 Hari / 1 Malam
  1. Kesuntukan Masa? Mungkin Pakej Lawatan Sehari Lebih Sesuai Untuk Anda

email contact

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here