Anda sedang mencari aktiviti adventure untuk dilakukan di dalam sehari yang penuh dengan cabaran dan juga menyeronokkan?

Memang ada bertimbun-timbun maklumat yang ada di internet tentang water rafting Gopeng dan juga Gua Tempurung – anda mesti rasa susah untuk buat pilihan, betul tak?

Tak mengapa, kami ada program yang memang best. Kami yakin anda memang akan dapat merasa cabaran dan seronoknya apabila melalui aktiviti ini.

Jom lihat apa yang kami ada..

Adventure Sehari: Explorasi Gua Tempurung dan White water Rafting Sg Kampar
Kod: SKGT 1801

Yang akan anda dapat di dalam aktiviti sehari ini
(1) Aktiviti Pagi : Explorasi Gua Tempurung: Tour No. 3 / Gua Kering dan Basah
Termasuk guide, tiket masuk dan helmet keselamatan. Kami akan sediakan 2 guide kami sendiri yang berpengalaman dan berkebolehan untuk setiap kumpulan 10 – 25 orang.
(2) Aktiviti Tengahari : White water rafting Sungai Kampar
Termasuk peralatan white water rafting (raft, helmet, paddle dan PFD) dan rafting guide
(3) Pengangkutan dari Gua Tempurung ke tempat permulaan rafting dan dari tempat tamat rafting balik ke Gua Tempurung
(4) Makan tengahari (Masakan kampung – Buffet)
(5) Sijil penyertaan

Jadual aktiviti sehari
(i) Berjumpa di tempat letak kereta Gua Tempurung pada pukul 8.30 pagi. Taklimat keselamatan akan diberikan oleh guide sebelum explorasi gua dimulakan.
(ii) Jelajah Gua Tempurung : Masa 2 – 2.5 jam
(iii) White water rafting Sungai Kampai : Masa 2 – 2.5 jam. Taklimat keselamatan akan diberikan sebelum bermula aktiviti.
(iv) Hantar balik dan tiba semula di tempat letak kereta Gua Tempurung 4.30 ptg
(v) Mandi dan salin pakaian di tandas awam Gua Tempurung

Ketersediaan
Program ini berjalan setiap hari termasuk hari cuti umum. Pengesahan tempahan tertakluk kepada kekosongan pada tarikh yang diminta jadi anda digalakkan untuk membuat tempahan seawal mungkin.
Setiap tempahan memerlukan minima 10 orang peserta.

Harga berkumpulan (Minima 10 orang)
Hubungi kami untuk harga terkini.

* Pakej ini sah untuk warganegara Malaysia sahaja
* Minima 10 orang di dalam 1 trip
* Untuk membuat tempahan sila email ke helpdesk@myadventurehost.com dan nyatakan kod program SKGT1801, jumlah peserta dan tarikh yang diingini.
* Harga pakej ini sah sehingga 31 Disember 2024.
* Pengesahan tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan pada tarikh yang diingini.

Barang dan peralatan yang perlu dibawa
* Lampu suluh atau headlamp untuk aktiviti gua – pastikan bateri baru
* Kasut dengan tapak yang tidak licin (amat penting terutamanya untuk aktiviti gua)
* 1 botol air minum – untuk minum semasa di dalam gua
* Dry bag untuk barang-barang persendirian ketika aktiviti
* 1 set pakaian bersih dan tuala mandi untuk digunakan masa pulang nanti
* Ubat-ubat persendirian

Bagaimana cara untuk sampai ke lokasiĀ 
Tak kira samada anda akan datang dari utara ataupun selatan, sekiranya menggunakan lebuh-raya PLUS utara-selatan, sila keluar di toll Gopeng dan dari situ drive terus ke pintu masuk, tempat letak kereta di Gua Tempurung.

Adakah program ini sesuai untuk yang tiada pengalaman?
Ya, pakej ini sesuai walaupun anda tidak pernah mencuba aktiviti lasak seperti jelajah gua ataupun white water rafting. Anda perlu sihat tubuh badan – tiada penyakit jantung, patah tulang yang baru nak sembuh, hamil dan sebagainya. Anda boleh juga join walaupun tidak tahu berenang.

Bolehkah kanak-kanak menyertai aktiviti ini?
Kanak-kanak perlu berumur 11 tahun ke atas untuk menyertai aktiviti explorasi gua dan juga white water rafting. Ibu-bapa perlu menandatangani borang pelepasan liabiliti untuk anak mereka.

Apakah jenis makan tengahari yang disediakan?
Kami akan menyediakan makan tengahari lauk-pauk masakan kampung – nasi putih, lauk ayam, sayur, ulam dan minuman sejuk. Makan dihidang secara buffet di tepi sungai. Anda boleh makan santai di tepi sungai.

Bolehkan ditambah aktiviti lain di dalam program ini?
Oleh kerana masa tidak mencukupi, cuma dua aktiviti ini sahaja yang boleh dilakukan di dalam masa sehari.

Ada tak penginapan di lokasi ini?
Ada banyak pengusaha penginapan di lokasi seperti homestay, chalet, tapak perkhemahan dan juga resort. Sekiranya ingin bantuan untuk membuat tempahan, bolehlah dimaklumkan kepada kami.

Harap kita dapat bertemu satu hari nanti!

Drp
Team My Adventure Host

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here