Ready ke Nak Redah Gua Tempurung? Ini Cabaran Yang Menanti!
Pakej Gua Tempurung khas untuk anda yang mencari cabaran jelajah gua. Terletak cuma 15 minit perjalanan dari exit Toll Gopeng.
Pernah terfikir nak masuk gua dan alami sendiri dunia gelap yang penuh misteri?
Pakej Gua Tempurung ni memang khas untuk korang yang suka cabaran, suka adventure, atau nak cuba benda baru yang rare!
Bayangkan merangkak dalam laluan sempit, menuruni batu licin, dan kena redah air dalam gua yang berusia jutaan tahun—memang thrill habis!
Jangan risau, keselamatan dijaga dan guide berpengalaman akan teman sepanjang perjalanan. Jadi, korang boleh enjoy keindahan stalaktit dan stalagmit yang unik, rasa kegelapan mutlak dalam gua, dan paling penting—cipta memori yang takkan dilupakan!
Jom gather geng, siap sedia, dan tempah sekarang.
Gua Tempurung menanti korang!
Jom join pakej Gua Tempurung yang kami sediakan.



Betul ke Berani Nak Cuba?
Kita akan mulakan melalui pintu hadapan gua dengan pendakian melalui ratusan anak tangga ke ‘Top of the World’.
Setelah itu kita akan turun ke dasar gua di mana kita akan mula merasai cabaran sebenar—meluncur di atas batu licin, merangkak melalui laluan sempit dan berair, dan meredah sungai bawah tanah.
Tentu sekali suatu pengalaman yang penuh keseronokan dan mendebarkan!
Bersedia untuk basah dan alami keunikan gua terbesar di Malaysia.
Pakej Gua Tempurung Termasuk
- Renjer gua My Adventure Host khas untuk kumpulan anda
- Helmet keselamatan dan headlamp
- Caj masuk Gua Tempurung (Hingga ke Level 3)
- Makan tengahari buffet
- Kegunaan tandas dan bilik mandi
Harga Pakej
- Harga : RM78/seorang
- Tertakluk kepada minima 5 orang di dalam 1 tempahan
- Pakej berkumpulan disediakan (murid sekolah, siswa-siswi universiti, staff korporat) Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut
- Harga tidak termasuk insuran (boleh dimasukkan dengan caj tambahan)
Tempat Berjumpa
Masa Berjumpa: 9.00 pagi
Tempat Berjumpa: Dataran Gua Tempurung (di bahagian bawah bersebelahan kedai-kedai konsesi)
Apa Yang Perlu Anda Bawa
- Pakai pakaian sesuai untuk aktiviti ekstrem
- Set pakaian bersih setelah habis aktiviti
- Kasut sesuai untuk aktiviti basah dan berjalan di trek licin
Had Umur
- Minima umur 10 tahun
- Maksima umur 65 tahun
- Sihat tubuh badan dan boleh bergerak tanpa sokongan atau bantuan. Tiada penyakit kronik.
- Pakej berkumpulan disediakan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut



Jenis Trek Gua Tempurung Yang Popular
- Tour No 3 : Pakej yang dinyatakan di atas adalah pakej Level 3
- Tour No 4 : Pakej ini boleh ditempah (Harga tambahan)
Cara Mudah Untuk Membuat Tempahan
Hubungi kami melalui whatsapp atau emel untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan.
Pembayaran tempahan adalah ke akaun syarikat My Adventure Host Training and Expeditions. Resit pembayaran disediakan setelah pembayaran penuh dibuat.