WHITE WATER RAFTING KKB – PENGALAMAN MEREDAH JERAM YANG TIADA BANDINGAN
Jom sertai kami di dalam pengalaman yang menakjubkan ini. Aktivti ekstrem yang tiada tolok bandingan – White water Rafting – berakit arus deras. Aktiviti lasak white water rafting di Sungai Selangor (KKB) berlatarbelakangkan kehijauan alam semula jadi.
Anda berpeluang menghirup udara segar, di dalam kehijauan hutan dan jauh dari segala hiruk-pikuk kota sambil menyahut cabaran sungai ini bersama-sama rakan taulan anda. Ianya yang pastinya mengujakan.
Sungainya terletak berhampiran dengan pekan Kuala Kubu Bharu di Selangor. Cuma 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Program ini sesuai untuk anda yang berpengalaman mahupun baru ingin mencuba. Ramai yang datang juga adalah first timer. Ramai juga yang tidak tahu berenang. Janji ingin mencuba dan konfiden. Sesuai untuk yang berumur 10 – 60 tahun.
Gred jeram: 1-4 (ekstrem)
Jangkamasa di sungai: ± 2 jam
Jarak rafting: ± 7 km
Mula: Buluh Telor
Tamat: Ampang Pecah
Mula: 9.30pg – berjumpa di hadapan Pejabat Pos Kuala Kubu Bharu
Tamat: 1.30tgh – di basecamp Ampang Pecah
Pakej White Water Rafting ini termasuk
* Peralatan white water rafting – inflatable raft (bot pelampung), helmet, pendayung, jaket keselamatan (pfd)
* River guide
* Snek dan minuman ketika rehat di sungai
* Makan tengahari (buffet)
* Kemudahan basecamp – tandas, bilik mandi, parkir
* Kit rawatan kecemasan
* Foto aktiviti
Jadual Program
9.30am Berjumpa di pekan Kuala Kubu Bharu (di hadapan Pejabat Pos Malaysia). Berkonvoi ke lokasi permulaan. Semua penumpang akan turun dan tunggu di situ sementara pemandu & kereta berkonvoi semula dengan krew ke Ampang Pecah untuk parkir kenderaan. Pemandu akan dibawa semula ke lokasi permulaan di dalam kenderaan kami.
10.15am Sessi taklimat keselamatan
11.00am Aktiviti white water rafting Sungai Selangor bermula
12.00pm Tiba ke lokasi rehat. Snek dan minuman disediakan. Rehat: 20-30min
1.00pm Tiba di lokasi penamat di Ampang Pecah. Makan tengahari / Mandi
2.30pm Sedia untuk pulang
Terma dan Syarat
* Tempahan sah apabila pembayaran penuh telah dibuat.
* Pertukaran tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya 4 hari sebelum tarikh aktiviti.
* Pembayaran diterima menggunakan interbank transfer, Maybank2u dan termasuk pembayaran menggunakan kad kredit!
*Semua peserta diperlukan untuk menandatangani borang pelepasan liability.
Apa lagi? Jangan tunggu lama-lama. Buat tempahan segera!
Untuk tempahan dan maklumat lanjut hubungi kami
My Adventure Host
HP: 019-3849691
Emel: helpdesk@myadventurehost.com