Pakej Rafting dan Perkhemahan untuk Pelajar IPTA

Pakej Rafting dan Perkhemahan untuk Pelajar IPTA

PROGRAM PELAJAR IPTA – 3 HARI / 2 MALAM : BERAKIT ARUS DERAS DAN PERKHEMAHAN DI GOPENG, PERAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Di sini kami maklumkan program perkhemahan 3 hari / 2 malam termasuk 1 aktivti ekstrem iaitu white water rafting.

Ramai yang mungkin tahu bahawa harga untuk program white water rafting ni agak mahal tapi jangan risau di sini kami sediakan pakej istimewa kepada para pelajar IPTA semua supaya dapat merasakan cabaran ekstrem ketika meredah arus deras. 

Baca maklumat penuh yang kami sediakan untuk Pakej White water Rafting dan Perkhemahan untuk Pelajar IPTA ini.

Pakej 3 hari 2 malam ini termasuk penginapan secara berkhemah untuk 2 malam, makan-minum yang disediakan di dalam pakej dan aktiviti meredah jeram arus deras (white water rafting). Lokasi kami ini adalah di Gopeng, Perak.

Ianya cuma dalam 30 minit perjalanan dari bandar Ipoh, 2 jam dari Kuala Lumpur dan 1 jam 30 minit dari Seberang Prai. Jadi ianya tidaklah jauh sekiranya kampus anda berada di sebelah barat Semenanjung.

Program ini amat sesuai untuk kelab dan persatuan di IPTA, badan beruniform mahupun anda yang membuat kumpulan anda sendiri.

OBJEKTIF PROGRAM

* Leadership excellence
* Outdoor skill and confidence
* Team work and planning
* Creativity nurturing
* De-stressing

Program ini boleh dilakukan samada pada hari biasa ataupun hujung minggu termasuklah semasa cuti umum. Tetapi elok dibuat tempahan awal untuk memastikan anda dapat menempah pada tarikh yang anda ingini.

Pakej Rafting dan Perkhemahan untuk Pelajar IPTA malaysia

MAKLUMAT PAKEJ INI

(I) Penginapan 2 malam secara berkhemah (4-5 orang untuk 1 khemah, khemah disediakan)
(II) Sarapan Pagi x2, Makan Tengahari x2, Makan Malam x2
(III) White water Rafting Sungai Kampar – termasuk peralatan rafting, guide, pengangkutan dari kem ke lokasi rafting
(IV) Night walk – 2 jam / bermula dari Kem

pakej water rafting student ipta

Water rafting: Sungai Kampar (arus gred 1 – 3), jarak 5km, jangkamasa 1.5-2 jam perjalanan

Lokasi Kem: Penginapan anda adalah di Murni Kem, Kampung Jahang atau yang setaraf. Kem ini mempunyai kemudahan tandas, bilik mandi, ruang solat dan tempat beriadah dan terletak di tepi sungai.

Khemah termasuk di dalam pakej. Anda cuma perlu bawa sleeping bag dan alas sendiri untuk keselesaan ketika tidur.

HARGA PAKEJ RAFTING DAN PERKHEMAHAN

Harga: RM250.00 seorang
Minima kumpulan 40 orang di dalam 1 tempahan
Pembayaran online, cek dan secara tunai sahaja.

CARA TEMPAHAN UNTUK PROGRAM INI

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila email ke helpdesk@myadventurehost.com Beri kami maklumat lengkap seperti nama anda, nama kolej atau universiti, jumlah peserta dan tarikh program.

pakej motivasi pelajar_opt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here