Pakej Lawatan Sehari Royal Belum

PAKEJ LAWATAN SEHARI ROYAL BELUM: KEINDAHAN TAMAN NEGERI YANG MEMPERSONAKAN DI DALAM SEHARI

Sekiranya anda merancang untuk datang ke Taman Negeri Royal Belum dan kesuntukan masa, kami menyediakan pakej sehari untuk melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sini. Program lawatan ini bermula dari 9.00 pagi dan tamat lebih kurang pukul 3.00 petang.

Tentu sekali kosnya lebih rendah jika berbanding dengan pakej yang termasuk penginapan dan makan-minum.

Walaupun masanya cuma sehari namun anda masih dapat melawat tempat-tempat menarik di dalam Taman Negeri ini cumanya anda tidak bermalam di sini.

SOROTAN PROGRAM INI

Di dalam lawatan sehari ini anda akan di bawa untuk melawat tempat-tempat seperti
(i) Kampung Orang Asli (Tidak dibenarkan masa ini – SOP baru)
(ii) Trekking ke Air Terjun Sungai Kooi
(iii) Sira binatang di Sungai Papan
(iv) Lokasi bunga Pakma (Rafflesia) – sekiranya ada yang berbunga
(v) Air terjun Sungai Ruok untuk mandi-manda. Ianya juga lokasi santuari ikan di sini.

PAKEJ INI TERMASUK

Apabila anda datang bersama-sama dengan kami, pakej lawatan ini termasuk:

  • Speedboat untuk kegunaan pengangkutan di Royal Belum
  • Pemandu bot selaku pemandu pelancong
  • Makan tengahari (menu masakan Melayu)
  • Pengurusan dan pembayaran permit masuk Ke Royal Belum

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Insuran kemalangan
  • Pembayaran lesen untuk kamera atau joran (RM5.00 seunit) – perlu dibayar ketika membuat permohonan permit
  • Penginapan, aktiviti, makan-minum yang tidak dinyatakankan di dalam sebutharga.

TEMPAT BERJUMPA

Tempat berjumpa untuk program ini adalah di Jeti awam Pulau Banding. Kompleks ini menyediakan tempat letak kereta namun ianya adalah terhad. Jadi anda disyorkan untuk tiba lebih awal terutamanya di semasa peak season.

Waktu berjumpa: 9.00 pagi
Program ini dijalankan setiap hari, termasuk cuti umum.

HARGA PAKEJ

Harga pakej tertakluk kepada saiz kumpulan. Lebih ramai kumpulan anda maka harga akan jadi lebih rendah. Untuk mengetahui harga bagi kumpulan anda, sila hubungi kami.

Kami menerima tempahan walaupun ada cuma 2 orang sahaja. Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai saiz kumpulan yang ramai. Kami mempunyai speedboat yang sesuai untuk kumpulan kecil mahupun besar.

APA YANG PERLU DI BAWA

Untuk trip ini anda digalakkan untuk berpakaian selesa sesuai untuk aktiviti outdoor yang mungkin agak panas. Pakaian yang dipakai juga seeloknya yang boleh anda mandi-manda oleh kerana anda akan dibawa ke air terjun Sungai Ruok.

Pakai kasut yang sesuai (tapak tak licin) oleh kerana anda akan trekking ke Air Terjun Kooi, treknya tidak rata, ada batu-batu licin dan akar kayu. Begitu juga di trek Sungai Papan dan Sungai Ruok.

Lebih elok sekiranya kasut anda boleh basah oleh kerana mungkin merentas sungai atau nanti akan mandi-manda di Sungai Ruok.

Jangan guna sandal, selipar atau sebagainya oleh kerana ini adalah kawasan hutan. Mungkin ada binatang berbisa, duri pokok dan lain-lain.

Bawa personal medication (ubat-ubat) yang anda gunakan di dalam personal kit.

Tips : jika anda bawa makanan ikan berbentuk pellets nanti anda boleh bagi ikan makan di santuari ikan.

TERMA DAN SYARAT

  • Pengesahan tertakluk kepada kekosongan.
  • Deposit 50% perlu dibayar untuk membuat penempahan.
  • Baki perlu dibayar 1 minggu sebelum tarikh program.
  • Permohonan permit mesti dibuat tidak kurang dari 7 hari bekerja sebelum tarikh program.
  • Cara pembayaran – secara online transfer atau pun kad kredit / kad debit

TEMPAHAN

Sila buat tempahan awal untuk mengesahkan tempat anda.
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan ataupun untuk membuat tempahan untuk pakej lawatan sehari ke Royal Belum ini.
Semoga kita berjumpa satu hari nanti Insyallah!

Atau tinggalkan soalan di ruang komen di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here