Pakej Endau Rompin 4 Hari 3 Malam

PAKEJ ENDAU ROMPIN – 4 HARI / 3 MALAM: KHAS UNTUK KAKI ADVENTURE

Pakej Endau Rompin

Pakej Endau Rompin ini pastinya memberi kepuasan berada di salah satu Taman Negeri yang mempunyai keunikannya sendiri. Suasana aman damai, hutan belantara dan sungai-sungai, trek ke air terjun yang jarang di serbu pelancong pastinya memberikan suatu pengalaman yang sukar dilupakan.

TEMPAT BERJUMPA

Kami boleh berjumpa dengan kumpulan anda samada di pekan Kahang ataupun di stesen keretapi Kluang.

CARA PENGINAPAN

Penginapan adalah dengan menggunakan khemah. Khemah disediakan oleh pihak kami.

APAKAH YANG TERMASUK DI DALAM HARGA PAKEJ

  • Pengangkutan pergi-balik ke Endau Rompin (Kg Peta) dari Kluang ataupun pekan Kahang.
  • Program 4 hari / 3 malam seperti di dalam jadual di bawah
  • Makan-minum seperti yang tercatit di dalam jadual
  • Perkhidmatan guide tempatan

SAIZ KUMPULAN

Kami tidak mempunyai tarikh-tarikh yang berjadual untuk perjalanan program. Kami menerima tempahan dari 2 orang hinggalah ke saiz yang lebih besar (seperti 20 – 40 orang). Harga pakej selalunya akan menjadi lebih rendah apabila anda datang berkumpulan oleh kerana kos-kos tertentu yang dibahagi sama rata kepada jumlah kumpulan yang lebih besar. Namun demikian kami tetap menerima tempahan untuk kumpulan seperti 2, 4 atau 6 orang. Tetapi perlu diingatkan harga mungkin lebih sedikit jika dibandingkan dengan harga berkumpulan.

JADUAL PAKEJ ENDAU ROMPIN – 4 HARI 3 MALAM

Hari Pertama
10.00 am Jumpa guide di Kahang ataupun stesen keretapi Kluang. Perjalanan darat ke Kampung Peta.
Kampung Peta – Ibu Pejabat Taman Negara Endau Rompin untuk pendaftaran – Makan tengahari di Kampung Peta.

1.00pm Perjalanan bot ke Pacau. Trek dari Pacau ke tapak perkhemahan Kuala Marong. Dirikan khemah. Trek ke Blue Lagoon untuk aktiviti berenang dan mandi-manda.
Pulang ke kem di Kuala Marong. Bersantai di kem.

7.00pm Makan malam & rehat.
Bermalam di tapak perkhemahan Kuala Marong.

Hari Kedua
8.00am Sarapan pagi. Trek ke air terjun Buaya Sangkut. Kenali tumbuhan hutan yang boleh dijadikan ubat-ubatan ketika di dalam perjalanan ke sana.

12.00pm Tiba di air terjun Buaya Sangkut. Kenali dengan lebih dekat flora dan fauna yang terdapat di kawasan ini. Mandi-manda dan makan tengahari secara berkelah. Trek semula ke Kuala Marong setelah selesai makan tengahari.

6.00pm Di tapak perkhemahan Kuala Marong. Bersantai / aktiviti sendiri.

7.30pm Makan malam & rehat.
Bermalam di tapak perkhemahan Kuala Marong.

Hari Ketiga

8.00am Sarapan pagi. Trek ke air terjun Upeh Guling. Amati keindahan dan keunikan kawasan ini. Bermandi-manda di air terjun. Trek semula ke Kuala Marong setelah selesai.

Turunkan khemah dan bersihkan kawasan kem. Makan tengahari. Trek ke Kuala Jasin

4.00pm Tiba di Kem Kuala Jasin – siapkan kawasan kem & khemah

7.00pm Makan malam / Night walk

11.00pm Tidur

Hari Keempat

8.00am Sarapan pagi. Turunkan khemah dan bersihkan kawasan kem.

10.00am Trek ke Pacau. Dari Pacau naik bot ke Kampung Peta.

Di Kampung Peta aktiviti – bersumpit dan memasang jerat.

1.00pm Makan tengahari.

2.00pm Perjalanan pulang – terus ke Kahang (atau Kluang)

PROGRAM TAMAT

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan untuk pakej ini sila email kepada kami. Kami syorkan supaya tempahan dibuat tidak kurang daripada 2 minggu sebelum tarikh tiba. Lebih awal lebih baik kerana pengesahan juga tertakluk kepada kekosongan. Maklumat dan juga harga akan diberikan apabila anda hubungi kami nanti.
Semoga kita berjumpa satu hari nanti Insyallah!

izz idris (1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here