Air Terjun Lata Manik dan White Water Rafting Ulu Slim: Pakej Adventure Sehari Khas Untuk Penggemar Outdoor Yang Mencari Kelainan
Biasanya apabila seseorang penggemar outdoor itu datang ke Kampung Ulu Slim untuk beraktiviti mereka selalunya datang untuk program White water Rafting – Mengharung Arus Deras di Sungai Slim yang mempunyai jeram-jeram Gred 1 hingga 3. Kampung Ulu Slim terletak lebih kurang 30 minit daripada pekan Tanjong Malim ataupun dari pekan Slim River.
Kami ingin memperkenalkan program baru – Program ini lebih panjang yang memakan masa lebih daripada 6 jam dari pagi hingga petang. Ianya juga dimuatkan dengan pelbagai aktiviti menarik dari yang santai sehingga yang ekstrem di sekitar lokasi Ulu Slim ini.
Program extreme yang memang best!
SOROTAN AKTIVITI SEHARI
KOLAM AIR PANAS | OFF-ROAD TRIP | TREKKING | MANDI-MANDA DI LATA MANIK | WHITE WATER RAFTING SLIM RIVER
* Melawat kolam air panas Ulu Slim. Kolam air panas yang terpanas di Malaysia. Suhu mencecah 104 darjah Celsius. Di sini, kita bergotong-royong menyiapkan salah satu masakan yang akan dibawa ke Lata Manik.
* Kita menaiki kenderaan melalui jalan off-road ke lokasi. Adventure kita telahpun bermula!
* Aktiviti trekking melalui denai ke Lata Manik (Manik di dalam Bahasa Orang Asli tempatan bermakna Hujan). Air terjun yang cantik dan terpencil. Tidak diketahui umum dan tiada orang ramai. Kami hanya membawa kumpulan-kumpulan kecil sahaja untuk menikmati tempat ini demi memelihara keadaan sekeliling.
* Mandi-manda di Lata Manik. Makan tengahari secara berkelah disediakan.
* Selepas makan tengahari, kita bergerak pula ke Kuala Tibang. Kita berwhite water rafting di sini. Hadapi cabaran arus deras bersama-sama kumpulan anda. Mampukah anda berakit mengharungi Jeram Kotak dengan kejatuhan 2.5 meter ke bahagian bawah di dalam perjalanan sungai sejauh 7km ini? Tentu sekali suatu pengalaman yang sukar dilupai.
* Minum petang di Kampung Ulu Slim, di dalam suasana desa aman-damai sambil kita bercerita pengalaman kita selama sehari itu.
PAKEJ SEHARI TERMASUK
* Aktiviti – Kolam Air Panas Ulu Slim, Trekking ke Lata Manik, mandi-manda di Lata Manik dan Whitewater Rafting Sungai Slim
* Pengangkutan ke lokasi-lokasi semasa aktiviti
* Peralatan dan river guide ketika aktiviti white water rafting
* Makan tengahari, snek ketika water rafting dan minum petang
* Kru MyAdventureHost sebagai jurupandu anda ketika aktiviti
MAKLUMAT LAIN
Tempat Bertemu: Kampung Ulu Slim, Slim River
Waktu mula: 9.00am
Waktu tamat: 3.30pm
Ketersediaan: Setiap hari termasuk cuti umum (Cukup 5 orang, kita jalan).
HARGA PAKEJ
Hanya RM260.00 seorang
Sah dari 1 Jan 2017.
Hubungi kami untuk dapatkan harga istimewa untuk kumpulan lebih daripada 10 orang.
TEMPAHAN
HP / Whatsapp: +6 0193849691
Emel: helpdesk@myadventurehost.com





