Lokasi Kem Motivasi di Perak

LOKASI KEM MOTIVASI DI PERAK: TEMPAT-TEMPAT SESUAI UNTUK MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI

Perak adalah sebuah negeri yang mempunyai banyak lokasi-lokasi sesuai untuk menjalankan program motivasi.

Tidak kiralah samada untuk pelajar sekolah rendah atau menengah, penuntut kolej, politeknik, universiti dan sebagainya.

Lokasi yang sesuai termasuklah di kawasan Tapah, Lumut, Seri Iskandar dan lain-lain. Ada juga lokasi seperti di Slim River dan juga di Gopeng.

lokasi kem motivasi di perak_opt

Apabila anda memilih lokasi yang sesuai anda perlu pastikan :

1. Jarak ke lokasi tersebut. Lebih jauh lokasi ini dari anda akan melibatkan kos pengangkutan yang lebih tinggi dan jangkamasa perjalanan yang lebih lama.

2. Kemudahan yang terdapat di kem tersebut. Ada kem yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti dewan, kawasan latihan, aktiviti seperti flying fox, aktiviti bertali dan lain-lain. Ada juga yang cuma tapak perkhemahan dengan kemudahan dewan serbaguna, tandas dan bilik mandi. Jadi anda perlu membuat pilihan yang sesuai.

3. Lokasi untuk kem tersebut samada di kawasan kampung, di dalam hutan dan di tepi sungai, di tepi laut, di pulau dan sebagainya. Adalah baik sekiranya lokasi ini dipadankan dengan jenis program yang anda akan jalankan.

4. Saiz kem tersebut boleh menampung jumlah peserta anda. Ada kem yang boleh menampung saiz yang kecil sahaja contohnya 20 orang peserta. Ada juga yang besar yang boleh menampung sehingga 500 peserta pada satu-satu masa.

5. Kem tersebut boleh menerima tempahan anda untuk tarikh yang anda perlukan. Buat tempahan seawal yang boleh supaya anda boleh dapat gunakan kem tersebut pada tarikh yang anda perlukan. Bincang dengan pengusaha kem dan hantarkan tempahan sebaik-baiknya sebulan sebelum tarikh program. Anda mungkin perlu membayar wang pendahuluan (deposit) kepada kem tersebut.

lokasi kem motivasi di perak 2_opt

6. Pastikan jenis pembayaran yang anda akan lakukan boleh diterima oleh pengusaha kem tersebut. Contohnya anda mungkin perlu membuat pembayaran menggunakan Local Order kerajaan (Pesanan Tempatan) tetapi pengusaha kem tersebut tidak menerima pembayaran secara begitu dan cuma menerima pembayaran tunai ke dalam akaun mereka. Jadi pastikan awal-awal perkara ini ditanya supaya tidak membuang masa anda dan juga pengusaha kem.

7. Ada kem motivasi yang mempunyai jurulatih atau fasilitator yang bertauliah dan berpengalaman. Ada juga yang mempunyai krew operasi sahaja. Ada pula yang mempunyai jurulatih dari pihak ketiga. Semua ini menjadi pilihan yang anda perlu tentukan kerana kos bagi perkhidmatan ini tentulah berbeza dan bajet anda akan menentukan jenis perkhidmatan yang anda boleh gunakan.

HUBUNGI KAMI UNTUK KEM MOTIVASI DI GOPENG, PERAK

– Juga sesuai untuk seminar, induksi, latihan outdoor, pertandingan dan lain-lain
– Cuma 20 minit dari bandar Ipoh. 10 minit dari toll Gopeng.

Pakej 2 Hari / 1 Malam (BASIC PACKAGE)
Termasuk:
# Penginapan menggunakan Dorm atau Chalet
# Makan (Sarapan x 1, Makan Tengahari x 2, Makan malam x 1)
# Pengangkutan lori untuk peserta dan beg

Harga Berkumpulan:
Bermula dari RM220.00 seorang

Saiz kumpulan: Minima 30 orang peserta

Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan.
Sah sehingga 31 Dis 2025 sahaja.
Tertakluk kepada kekosongan.

Nota:
# Boleh di tambah dengan sistem PA dan sewaan dewan.
# Boleh dijadikan program 3 hari/2 malam jika perlu.
# Boleh di tambah dengan aktiviti seperti group games, telematch, Night walk, Explorasi Gua, Flying Fox, Whitewater Rafting, dan lain-lain.
# Boleh ditambah dengan insuran.

kem motivasi perak 3_opt

lokasi kem motivasi perak 001_opt

pakej outdoor untuk universiti

myadventurehost lata manik ulu slim

student package perak

Hubungi kami sekiranya anda berminat – team kami sedia membantu.

izz idris (1)

2 COMMENTS

  1. Salam sejahtera,
    Saya dari sebuah agensi kerajaan dari Penang.
    Boleh senaraikan kem2 motivasi disekitar perak yang sesuai utk team building.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here