Gunung Bujang Melaka Program Pendakian Sesuai Untuk Penggemar Outdoor

Bersiap sedialah untuk aktiviti pendakian yang mengujakan ini. Gunung Bujang Melaka menjadi tarikan pendaki-pendaki yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini dan ia juga memberikan suatu aktiviti yang menyeronokkan kepada penggemar aktiviti lasak ini.

Gunung Bujang Melaka terletak di daerah Kampar, Perak. Puncaknya berada pada ketinggian 1233 meter. Yang biasa dengan pendakian gunung boleh tiba ke puncak di dalam masa 4-5 jam pendakian.

Sekiranya anda ingin tahu yang mana gunung ini, ketika anda memandu di lebuhraya Utara-Selatan menuju ke arah utara, anda akan nampak Lata Kinjang di sebelah kanan. Gunung Bujang Melaka ini terletak di sebelah kiri lebuhraya.

Walaupun pendakian boleh dibuat secara ‘daypack’ atau day trip tetapi ianya tidak disyorkan terutamanya jika berada di dalam kumpulan. Program kami ini adalah 2 hari / 1 malam – amat sesuai bagi mereka yang suka mendaki dan ingin menamati keindahan lokasi ini dari bawah hingga ke puncak.

Kenapa Program Seperti Ini Sesuai Untuk Pelajar?
* Ia meningkatkan disiplin diri.
* Ia memberikan kesedaran tentang alam sekitar, alam semulajadi yang perlu dipelihara.
* Ia melatih kecekapan survival seseorang.
* Ia memberikan peluang untuk mempraktikan skill kepimpinan dan kerja berpasukan.
* Menerapkan gaya hidup sihat.
..dan lain-lain lagi.

PROGRAM PENDAKIAN 2 HARI / 1 MALAM

Hari Pertama

> Program pendakian bermula pagi.
> Pendakian bermula dari air terjun Baru Berangkai.
> Trekking sehingga ke Kem Lebah
> Makan tengahari – masa dan lokasi akan ditentukan oleh guide
> Kumpulan disasarkan untuk sampai ke kem dalam pukul 2.00pm – 3.00pm
> Set-up campsite.
> Summit attack boleh dilakukan pada petang itu tetapi ini bergantung kepada keadaan cuaca dan juga keadaan pendaki – ianya akan ditentukan oleh guide.
> Makan malam

Hari Kedua

> Sekiranya summit attack belum dilakukan pada hari pertama, maka ia akan dilakukan pada pagi Hari Kedua.
> Sarapan pagi.
> Berkemas, bersiap sedia untuk trek turun ke Batu Berangkai.
> Lokasi & waktu makan tengahari akan ditentukan oleh guide
> 4.00pm dijangka tiba semula ke Batu Berangkai

HARGA BERKUMPULAN
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Pakej kami termasuk:
* Guide (1 guide : 10-12 pax) yang berpengalaman.
* Makan-minum: Lunch 2x, Dinner 1x, Sarapan Pagi 1x.
* Alat perkhemahan – flysheet & groundsheet.
* Laporan di balai polis pada masa mula / tamat.
* First aid kit

Barangan Persendirian:
Anda perlu membawa peralatan perkhemahan sendiri seperti – backpack, sleeping bag, alas kepala / bantal self-inflating, pisau kecil / pisau lipat, botol air, headlamp/lampu suluh, pinggan, cawan untuk kegunaan sendiri, personal first aid kit.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here