Fakta Menarik Tentang Kolam Air Panas Ulu Slim

Fakta Menarik Tentang Kolam Air Panas Ulu Slim: Tahukah Anda Maklumat Ini?

kolam air panas kampung ulu slim_optDi Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti terdapat lebih daripada 60 kolam air panas (orang utara cakap “ayaq hangat”). Ianya berlaku bukan kerana aktiviti gunung berapi tetapi penyejukkan magma dan panasnya batu granit di dalam bumi. Air sejuk masuk dari kawasan sekeliling melalui lurah bukit, tasik, sungai, air hujan dan sebagainya ke dalam tanah melalui rekahan dalam bumi. Air sejuk akan mengenai batu granit panas ini. Akibatnya air sejuk tersebut menjadi panas dan mengembang. Ia akan naik semula ke permukaan bumi melalui rekahan-rekahan yang ada lalu menjadi satu kitaran tanpa putus.

Di Ulu Slim, Perak terdapat 4 kolam air panas dan yang di dalam gambar adalah salah satu daripadanya. Tahukah anda bahawa kolam air panas di Kampung Ulu Slim ini adalah yang terpanas di Semenanjung Malaysia dan ia mencecah suhu 104ºC ? Oleh kerana ianya bukan disebabkan oleh aktiviti gunung berapi anda tidak akan menghidu bau sulfur yang kuat di sini. Penyelidik menyatakan suhu bawah tanah boleh mencecah 1200ºC pada paras 10,000 kaki (3km) bawah tanah.

kolam air panas kampung ulu slim-1Satu lagi faktor menarik tentang kolam air panas ini adalah walapun airnya amat panas tetapi terdapat mikroorganisma yang hidup di dalamnya. Mereka dipanggil mikro organisma jenis hiperthermofilik  atau ‘thermopiles’ atau ‘hyperthermophiles’. Mikrob-mikrob ini cuma boleh hidup di dalam suhu 45ºC dan ke atas. Mereka mati sekiranya suhu lebih rendah dari ini. Hyperthermophiles pula cuma hidup pada suhu 80ºC ke atas. Kolam air panas Ulu Slim ini mempunyai mikroorganisma jenis Hyperthermophiles ini. Sungguh menakjubkan! Walaupun kita tidak boleh melihat mikrob ini dengan mata kasar, kita boleh lihat di dalam kolam air panas ini lumut-lumut hijau di sekelilingnya yang boleh hidup di dalam air panas. Ada tumbuhan yang boleh hidup di dalam air panas.

KOLAM AIR PANAS US 2_opt

KOLAM AIR PANAS US_opt

REBUS TELUR_opt

ARTIKEL BERKAITAN

(BARU) Pakej Extrem Sehari Penuh di Kampung Ulu Slim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here