Pakej Perkhemahan di Slim River, Perak

PAKEJ PERKHEMAHAN: PAKEJ DAN PROGRAM DI PERAK YANG SESUAI UNTUK PEMINAT OUTDOOR

pakej perkhemahan di perakBagi yang meminati program outdoor, di sekitar lokasi Kampung Ulu Slim di Slim River, Perak ini terdapat beberapa lokasi perkhemahan.  Lokasi-lokasi ini sesuai terutama untuk anda yang ingin merangka program perkhemahan. Samada untuk rekreasi semata-mata, untuk menjalankan program badan beruniform sekolah dan IPTA/IPTS, program team building,  dan lain-lain outdoor yang berkaitan.

Kampung Ulu Slim ini terletak 1 jam 30 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur ataupun lebih kurang 1 jam dari Ipoh. Plaza tol PLUS yang terdekat adalah Behrang sekiranya anda daripada arah Utara dan tol keluar Tanjong Malim sekiranya daripada arah selatan. Dari pekan Slim River pula, ia cuma perjalanan 25 minit

KAWASAN PERKHEMAHAN

Kuala Tibang
D’Pulau Tibang

Lokasi kem ini di Kuala Tibang, Ulu Slim dan bersebelahan sungai.  Ia terletak kira – kira 20 minit daripada Kampung Ulu Slim. Kem ini mempunyai chalet, tapak perkhemahan, dewan terbuka dan tapak perkhemahan.

Pro: Tepi sungai / Ada chalet, tapak kem, dewan terbuka, dan struktur-struktur untuk program team building

Con: Jauh dari kampung dan perlukan pengangkutan tambahan / lokasi terpencil / agak dekat dengan sungai (keselamatan)

Sungai Bil
Sungai Bil Cool Springs
Walapun ianya bukan terletak di dalam lokasi Kampung Ulu Slim, namun ianya salah sebuah tempat perkhemahan yang sesuai. Lokasi di tepi sungai, aman dan mempunyai chalet, tapak perkhemahan dan dewan terbuka.

Pro: Menepati harga bajet / tepi sungai / boleh menampung sehingga 100 peserta / Kenderaan boleh parkir dekat dengan lokasi kem / Dekat dengan Kampung Sg Bil
Con: Fasiliti basic / Tiada bekalan elektrik / Tandas & bilik mandi basic

Pos Gesau
Gesau Riverfront
Kawasan perkhemahan (campsite) ini mempunyai kemudahan seperti bilik mandi dan tandas. Kawasan perkhemahan terletak di tepi sungai. Pokok-pokok yang besar dan rendang membuatkan kawasan perkhemahan ini amat selesa untuk pengunjung-pengunjung. Tempat kami ini boleh memuatkan sehingga 100 orang pengunjung tanpa bermalam ataupun sehingga 60 orang pengunjung untuk pakej bermalam.

camping sungai ulu slimTempat perkhemahan ini amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan ataupun untuk beriadah. Ia juga sesuai untuk aktiviti sekolah, kolej dan universiti mahupun untuk syarikat-syarikat dan badan kerajaan.

Pro: Jauh daripada orang luar / Lokasi tepi sungai / Boleh menampung sehingga 60 peserta / Ada tandas dan bilik mandi
Con: Perlukan 4×4 untuk sampai ke lokasi / Kemudahan basic / Dewan terbuka kecil / Penginapan berkhemah sahaja

Antara aktiviti-aktiviti lain yang ada termasuklah jungle trekking, team building, treasure hunt, drum circle dan lain-lain. Kami mempunyai fasilitator dan kakitangan yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti ini. Jika ada apa-apa soalan bolehlah diajukan kepada kami melalui email.

 

CONTOH PAKEJ

  • Khemah saiz untuk 6 orang tetapi kami muatkan 4 pax maksima – selesa dan luas.
  • Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam – tak perlu pening tentang memasak
  • Minum petang dan malam – juga boleh ditambah jika mahu
  • Pengangkutan pergi-balik daripada Kampung Ulu Slim ke campsite oleh kerana memerlukan pengangkutan 4WD di trek off-road – melainkan anda ada 4×4 sendiri.
  • Kegunaan kemudahan yang terdapat di campsite – kawasan selesa dan selamat

student camping program 2015_opt
PAKEJ PERKHEMAHAN TIDAK TERMASUK YANG BERIKUT

  • Pengangkutan ke Kampung Ulu Slim daripada tempat anda – ini anda boleh lakukan sendiri
  • Aktiviti-aktiviti (boleh dirancang dengan kami untuk dimasukkan ke dalam pakej)

PENTING! PERANCANGAN BAJET ANDA

Untuk program 2 hari / 1 malam secara berkumpulan termasuk penginapan berkhemah, aktiviti, makan-minum dan pengangkutan dalaman, anda perlu menyiapkan bajet sebanyak RM150-RM180 seorang untuk jumlah peserta minima seramai 30 orang. Bagi pakej 3 hari 2 malam pula, sila ada bajet sebanyak RM250 – RM280 seorang. Dan jika penginapan menggunakan chalet atau dorm pula akan lebih sedikit daripada bajet yang dinyatakan ini. Jadi untuk perancangan kumpulan dan aktiviti anda, pastikan anda mempunya bajet seperti yang kami nyatakan ini.
Ada klien yang menghubungi kami untuk program outdoor ini tetapi bajet mereka di bawah RM100 seorang. Terus terang kami cakap, kami tidak ada pakej seperti demikian. Jadi, pastikan yang bajet anda boleh melepasi halangan ini supaya kita tidak membuang masa di antara kita.



PENGINAPAN SANTAI YANG TERBARU DI ULU SLIM


View Larger Map
student camping kuala lumpur_opt

student camping package malaysia_opt

Sekiranya berminat untuk menjalankan program di sini, anda boleh membuat tempahan untuk penginapan dan aktiviti dengan kami. Hantarkan email kepada kami dengan menyatakan jumlah peserta, tarikh, nama sekolah, kolej atau organisasi dan jangkamasa program (berapa hari) untuk mendapatkan sebutharga yang sesuai. Maaf – pembayaran secara L/O tidak diterima. 

24 COMMENTS

  1. boleh beri sebut harga untk 50 peserta..
    kami hny ingin menggunakan tempat shj..

    dan
    adakah disediakan tempat untuk kami memasak dan tempat bermalam.selain khemah..

    • Maklumat telah dihantar beberapa hari lalu. Jika ada apa-apa soalan sila maklumkan kepada kami. T/kasih

  2. Salam sy nk bertanyakan details mengenai tempat kem ni.. saya ingat nk tgk tempat ni hari ni blh emailkn kpd sy dgn kadar segera nombor utk sy hubungi..

  3. saya berminat dengan pakej perkhemahan di slim river, boleh beri saya sebut harga dan maklumat lebih lanjut disana. Contohnya, aktiviti apa yang ada disana

    • Utk harga boleh gunakan pakej yang ini:
      -removed-

      Aktiviti: “The living forest” night discovery, whitewater rafting, trekking, community service project, dsb.

  4. Hai. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenani kos perkhemahan selama 3 hari 2 malam beserta aktiviti white water rafting. TQ 🙂

    • Terima kasih di atas pertanyaan saudari. Maklumat lanjut dan lebih terperinci akan kami berikan melalui email.

    • Maklumat telah kami hantar kepada saudara melalui email. Ada apa2 maklum balas dari pihak saudara?

  5. saya nak tanya, kalau company saya nak buat program team building utk 44 org termasuk transport, tmpt tinggal, makan, berapa ye? ape kemudahan2 yg akan disediakan?

  6. sy ingin bertanya ttg pakej team building utk 72 org…apkh pakej yg bersesuaian dgn kos sebanyak rm6000++
    skrng-krg nya selama 2 hri 1 mlm..
    harp admin dpt respons secpt yg blh..tq..

  7. Hai, kami bercadang untuk buat kem latihan bencana.Boleh saya dapatkan harga bagi sewa campsite 3 hari 2 malam & aktiviti water rafting untuk lebih kurang 50 orang? Selain tempat mandi & tandas, apa lagi facilities yang disediakan?

  8. hai, sy nak tanya pakej student untuk perkhemahan di slim river perak, harganya berapa ek termasuk aktiviti sekali? kami nak buat team building, bengkel dan aktiviti kemasyarakatan sekali untuk 3 hari 2 malam. kami seramai 35 pelajar dan 2 guru pengiring. ape kemudahan yang disediakan? bagaimana pula dengan ciri2 keselamatan..?

  9. kami berminat untuk membuat aktiviti perkhemahan di sini tp nk taw pasal aktiviti yg akn dijalan kn dgn bayaran yerk sekali…..

  10. Hai…saya berminat untuk mengetahui pakej untuk perkhemahan beserta dengan aktiviti white water rafting untuk 12-18 orang di sungai slim.kami bercadang untuk pergi pada bulan 10 2012

    terima kasih

Comments are closed.