Keadaan Panik dan Kurang Pengetahuan Boleh Menyebabkan Situasi Yang Tenang Jadi Kritikal
Betapa Pentingnya Kursus Ini Untuk Team Anda
Kalau team anda bekerja di kawasan yang ada semak, kebun, gudang, tapak binaan, stor luar, kawasan paya atau hutan, risiko bertembung dengan haiwan berbisa adalah tinggi.
Binatang-binatang seperti ular, kala jengking, lipan, penyengat, tebuan, lebah malah labah-labah berbisa — semua ini boleh muncul tanpa amaran.
Tapi persoalannya…
Adakah team anda tahu apa nak buat kalau diri mereka atau rakan mereka dipatuk atau disengat?
Adakah team anda sudah di latih dan bersedia dengan tindakan kecemasan?

Dalam banyak kes, yang membahayakan nyawa bukan bisanya — tapi tindakan lambat dan panik kerana tak tahu nak buat apa.
Izni Idris – My Adventure Host CEO
Kursus ini direka khusus untuk team anda yang mungkin berdepan risiko. Ia menggabungkan kesedaran, keselamatan dan pertolongan cemas dalam situasi serangan haiwan berbisa.
Antara Kandungan Kursus
- Pengenalan Haiwan Berbisa Tempatan – ular, kala jengking, lipan, penyengat, tebuan dan banyak lagi
- Cara Mengenali Spesies Berbahaya dan Tanda-Tanda Bisa
- Simulasi Senario – termasuk latihan bagaimana menyelamatkan diri ataupun rakan sekerja
- Langkah Pertolongan Cemas semasa 10 Minit Pertama
- Kesilapan Lazim dan Cara Elak Panik
Kami juga bawa spesimen haiwan (hidup dan diawet) untuk pengalaman pembelajaran lebih realistik dan memudahkan pemahaman subjek.
Bukan Sekadar Info – Ini Soal Antara Hidup dan Mati
Ramai staf tak tahu beza antara patukan dan sengatan mahupun antara racun dan bisa.
Ramai juga yang tak sedar mereka atau rakan mereks sudah tertusuk bisa berbahaya — sampai simptom jadi serius.
Dan banyak tempat kerja tak ada protokol jelas bila berlaku kecemasan melibatkan haiwan berbisa semasa di pejabat mahupun di lapangan.
Dalam dunia sebenar, Google tak dapat bantu dalam 10 minit pertama.
~ Rejab, Trainer My Adventure Host
Tapi dengan latihan ini, staf anda tahu apa nak buat – dengan yakin!



Siapa Yang Patut Mengikuti Kursus Ini
- Staf lapangan dan teknikal (taman, binaan, penyelenggaraan, kebun, stor dan lain-lain)
- Kakitangan GLC dan syarikat swasta yang ada kerja-kerja di lapangan
- Pengawal keselamatan dan staf HR yang urus keselamatan tempat kerja
- Team rekreasi outdoor
- Mana-mana organisasi yang mahu bersiap siaga






Indoor + Outdoor Training = Latihan Menyeluruh
Kursus ini bukan sekadar ceramah dalam bilik. Kami juga menggunakan teknik “real life scenario” untuk:
- Simulasi kes kecemasan di tapak kerja
- Praktikal bagaimana kendali mangsa mahupun diri sendiri
- Teknik pertolongan cemas sebenar, bukan teori semata-mata
- Cara penyediaan kit pertolongan cemas persendirian (khas untuk haiwan berbisa)
Jangan Tunggu Sampai Ada Kes.. Barulah Nak Bertindak
Kursus ini bukan sekadar tambahan — ia pelaburan untuk keselamatan team anda.
Pernah satu kes, staf disengat kala jengking kecil dan tak buat apa-apa sebab malu nak lapor.
~ Trainer My Adventure Host
Selepas dua jam, oleh sebab alahan yang teruk dia tak sedarkan diri dan terus masuk ICU.




Di Manakah Lokasi Kursus?
- Di lokasi anda sendiri (kami datang ke tempat kerja atau tempat yang kita sama-sama setuju)
- Atau di fasiliti latihan kami (jika anda mahu suasana lebih tersusun)
- Anda boleh tentukan tarikh kursus (pengesahan tertakluk kepada ketersediaan pihak kami)
- Kursus dirangkakan untuk dijalankan adalah selama 2 hari (8.30pagi – 4.30petang)
- Saiz kumpulan optima adalah 20-30 peserta.
- Namun begitu, saiz kumpulan yang lebih kecil juga boleh dipertimbangkan.
Hubungi Kami Untuk Kursus Keselamatan Dan Pertolongan Cemas Haiwan Berbisa
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami untuk bantuan dan penerangan.




