Program Perkhemahan 3 Hari 2 Malam Di Perak

Ini adalah program 3 hari / 2 malam yang sesuai untuk pelajar sekolah menengah hinggalah ke taraf universiti. Program outdoor yang mengujakan ini adalah untuk peserta seramai lebih kurang 40 orang. Lokasi adalah di Kg Jahang, Gopeng, Perak. Maklumat penuh program ini adalah seperti di bawah.

OBJEKTIF PROGRAM
* Memupuk semangat setiakawan
* Menguatkan kebolehan kepimpinan di dalam setiap individu
* Memperkenalkan budaya hidup ringkas
* Memperkembangkan kreativiti individu

Program ini sesuai untuk ahli kelab dan persatuan, ahli badan beruniform, dan lain-lain.

APA YANG TERDAPAT DI DALAM PROGRAM PERKHEMAHAN INI
* Penginapan secara berkhemah (4-5 pax : 1 khemah, khemah disediakan).
* Kemudahan di kem – surau, tandas dan bilik mandi, dewan terbuka dsb.
* Sarapan Pagi x2, Makan Tengahari x2, Makan Malam x2.
* Night walk (2 jam, bermula/berakhir di kem, termasuk guide).
* River tubing (2 jam, termasuk peralatan, guide dan pengangkutan ke lokasi permulaan).
* Explorasi Gua Tempurung (Tahap 3 / Kering & Basah, termasuk helmet, ranjer dan tiket masuk).
* Sijil penyertaan.

JADUAL PERKHEMAHAN
Bermula Hari Pertama : 12.00pm
Tamat Hari Ketiga: 1.30pm

HARGA BERKUMPULAN
RM230.00 seorang
Saiz minima kumpulan:  40 pax

TERMA DAN SYARAT
* Pengesahan tempahan tertakluk kepada kekosongan.
* Untuk membuat tempahan, deposit 50% daripada jumlah keseluruhan perlu dibayar.
* Baki perlu dibayar penuh 1 minggu sebelum tarikh aktiviti.
* Cara pembayaran – cek, online transfer, dan tunai sahaja.
* Perlu mendapat kelulusan daripada pihak berwajib di kolej, universiti atau pejabat pelajaran daerah.

Semoga kita berjumpa di dalam program perkhemahan ini satu hari nanti.

Drp.
Team My Adventure Host

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here