web analytics

Program Outdoor di Ulu Slim untuk Kumpulan

Help spread the love

Ramai yang bercadang untuk menjalankan aktiviti outdoor untuk kumpulan tetapi tidak tahu nak buat di mana.

Sekiranya anda sedang bercadang untuk menjalankan program remaja, program sekolah menengah, program jati diri atau kepimpinan untuk penuntut IPTA mungkin boleh lihat pakej yang kami ada ini. Lokasinya terletak di Kampung Ulu Slim, Slim River, Perak.

Tempat ini cuma mengambil masa perjalanan dalam 1 jam 30 minit dari Kuala Lumpur ataupun Ipoh.

LOKASI
Kampung Ulu Slim, Slim River, Perak

PROGRAM INI SESUAI UNTUK
* Kem kepimpinan dan jati diri
* Kem motivasi
* Kem cuti sekolah
dan lain-lain program untuk kumpulan

PAKEJ 3 HARI / 2 MALAM KAMI TERMASUK
* Penginapan 3 hari / 2 malam menggunakan chalet berhawa dingin (6 pax dalam 1 chalet).
* Sarapan Pagi 2x
* Makan Tengahari 2x
* Makan Malam 2x
* Aktiviti 1 – Night Walk
* Aktiviti 2 – Treasure Hunt
* Aktiviti 3 – Jungle trekking & survival course
* Krew yang bertugas
* Sijil

PENTING: Anda perlu memasukan dan menguruskan kursus atau modul kepimpinan dan team building anda sendiri. Kami cuma jalankan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas.

KEMUDAHAN DI LOKASI
* Lokasi di sebelah sungai
* Penginapan air-cond dan setiap unit mempunyai bilik air
* Wakaf
* Tanah lapang luas – sesuai untuk semua permainan berkumpulan
* Dewan terbuka yang besar
* Mempunyai elektrik dan air

HARGA BERKUMPULAN
RM180.00 seorang
Minima 40 pax
* Boleh menampung sehingga 120 pax pada satu-satu masa.
* Harga tertakluk kepada perubahan.

TERMA DAN SYARAT
* Tempahan perlu dibuat dengan pembayaran deposit 50% daripada jumlah keseluruhan.
* Baki perlu dibayar 1 minggu sebelum tarikh aktiviti.
* Bayaran tunai, cek dan online sahaja.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut sila hubungi kami.

Semoga kita bertemu satu hari nanti.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *