Pakej House Boat Royal Belum 3 Hari 2 Malam

Percutian di dalam hutan belantara 130 juta tahun

Keindahan Royal Belum memang tiada tandingannya. Suasana aman damai, tasik yang tenang dan kehijauan rimba di sekeliling menjadikannya tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Selain dari Taman Negara yang menerima ratusan ribu pengunjung setiap tahun, saya lebih suka mencari ketenangan di Taman Negeri Royal Belum.

Kalau tak percaya apa yang saya cakapkan, tanya sahabat-sahabat anda yang pernah datang ke tempat ini. Di sini saya catitkan Pakej House Boat Royal Belum 3 Hari 2 Malam yang kami jalankan.

Ada bermacam-macam aktiviti yang kita boleh lakukan di sini. Kepada peminat outdoor, terdapat beberapa aktiviti trekking yang tidak boleh dilepaskan seperti menjejak bunga Pakma atau Rafflesia, trekking ke santuari ikan mahupun melawat kawasan sira haiwan.

Kepada penggemar memancing, Tasik Temengor menjadi tempat yang amat sesuai untuk aktiviti ini. Kepada penggemar fotografi pula, memang bestlah kalau datang ke sini – jangan lupa bawa zoom lens dan juga tripod.

PAKEJ HOUSE BOAT ROYAL BELUM

Cara yang terbaik untuk melawat sekitar Royal Belum adalah dengan bermalam di dalam House Boat.

Ada beberapa pengusaha House Boat di sini tapi saya lebih gemar untuk bekerjasama dengan mereka yang telah lama berpengalaman di sini, mempunyai track record yang baik dan ramah dengan tetamu-tetamu.

Dengan menggunakan House Boat, kita boleh berhenti di tempat-tempat yang sesuai mengikut cita rasa – ini suatu yang tidak boleh kita dapati sekiranya kita menggunakan penginapan chalet di lokasi tertentu.

House Boat pun di lengkapi dengan speed boat jadi mudahlah kita untuk melawati kawasan-kawasan yang lebih terpencil.

MAKAN MINUM

Makan minum di dalam House Boat memang termasuk di dalam pakej. Tukang masak juga ditugaskan oleh pengusaha House Boat untuk memastikan makan minum tetamu semuanya terjaga.

Masakan memang sedap dan menyelerakan.

SOROTAN AKTIVITI KETIKA BERCUTI DI ROYAL BELUM

Lawatan ke Kampung Orang Asli, Trekking ke Air Terjun dan Santuari Ikan, Lawatan ke Sira Haiwan liar, Mandi-manda dan lain-lain. (Tiada Rafflesia ketika ini sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak).

PAKEJ 3 HARI / 2 MALAM TERMASUK

Sekiranya anda ingin mencuba pakej ke Royal Belum, cubalah pakej kami ini. Ia termasuk dengan penginapan House Boat, pengurusan permit masuk ke Royal Belum, makan-minum anda ketika bercuti di atas House Boat, Guide ketika melawati tempat-tempat menarik, dan kegunaan Speed Boat untuk ke kawasan-kawasan lawatan.

Jika anda kesuntukkan masa dan perlu pakej yang 2 hari / 1 malam pun boleh  – beritahu kepada kami. Cuma pembayaran fee untuk joran dan kamera sahaja yang belum dimasukkan. Nyatakan kepada kami jumlah peralatan-peralatan ini sebab perlu dibayar ketika membuat permohonan permit.

Jangan try nak sorok pulak, sebab takut nanti dibuat spot check pegawai perhutanan dan kalau ada lebih dari yang di declare dah kena tahan pulak semua alat-alat tu dan boleh ambil semasa pulang nanti. Kita tak boleh buat bayaran permit ni on the spot. Jadi faham ye.

Bagi anda semua yang tak pernah ke sini, inilah permandangan di Jeti Awam Pulau Banding. Nampak tak tempat parking, dan semua houseboat-houseboat yang berlabuh disitu?

Ini permandangan biasa terutamanya pada cuti hujung minggu. Parking di sini terhad, jadi datang awal.

[sphere 4844]


BARU! BELUM ADVENTURE CAMP!

Lokasi : Belum Adventure Camp

Sekarang selain daripada program menggunakan Houseboat, anda juga boleh datang ke Belum Adventure Camp sebagai tempat penginapan (lihat gambar di atas).

BAC ini mempunyai aktiviti seperti High Ropes, Flying Fox, berakit di tasik, bermandi-manda dan juga night walk.

BAC juga boleh merancang trip anda untuk masuk ke Royal Belum oleh kerana camp ini mempunyai speedboat mereka sendiri dan krew yang terlatih.

BAC amat selesa, bersih, selamat dan sesuai untuk kumpulan mahupun yang berkeluarga terutamanya untuk mereka yang tidak suka tinggal di dalam houseboat yang mungkin sempit dengan ramai peserta dan juga bunyi engine yang bising.

Pakejnya boleh KLIK di sini.

Lokasi: Belum Adventure Camp

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, sila guna ruang komen di bawah.
Semoga kita berjumpa satu hari nanti, Insyallah.

Drp.
Team My Adventure Host

CHECK OUT OUR LATEST PACKAGE: BELUM ADVENTURE CAMP YOGA ADVENTURE RETREAT

11 COMMENTS

  1. Can I have a quotation for 3D2N package for houseboat, inclusive of F&B for a 15 pax (adult).

    Bulan berapa recommended to visit Royal Belum Houseboat?

    • Information sent to you. Thanks for the conversation we had on whatsapp. Hope to have your group with us next year! 🙂

  2. Salam. Boleh berikan saya maklumat mengenai houseboat ni? Seramai 15-20 orang.
    Apa yang disediakan untuk pakej 2 hari 1 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here