Pakej Pendakian Gunung Chabang Perak

Tarikan Keindahan Permandangan dari Puncak Gunung Chabang menggamit pendaki-pendaki

Gunung Chabang terletak di dalam kawasan hutan Simpan Bukit Kinta merupakan salah satu destinasi pendakian yang tidak harus dilepaskan. Corak pendakian yang mencabar fizikal pendaki disamping keindahan panorama di puncak merupakan tarikan utama pada pendaki semua. Siapa yang berminat kena ready ye.. fizikal dan mental. Trek gunung ini mencanak sampai atas.

Sekirannya anda berminat untuk mendaki gunung ini – mudah sahaja – siapkan kumpulan anda. Kami sediakan guide, peralatan perkhemahan dan makan-minum.

pakej gunung chabang 2 Pakej Pendakian Gunung Chabang Perak.

Pemandangan yang akan dihidangkan adalah panorama Banjaran Titiwangsa yang mempamerkan Korbu, Gayong dan Yong Belar.

Nah, kita enjoy video trip Gunung Chabang ni dulu:

Tapak permulaan pendakian yang terletak di Kampung Orang Asli Pos Selim iaitu kira-kira 12km dari Pekan Simpang Pulai di pinggir laluan utama Ipoh Cameron Highland. Tiada pengangkutan awam khusus yang boleh digunakan untuk kesana melainkan tempahan awal telah dibuat untuk kumpulan.

MAKLUMAT GUNUNG CHABANG
Ketinggian : 5613kaki, 1711meter
Lokasi : Pos Slim, Highway Simpang Pulai – Cameron Highlands
Jumlah Hari Pendakian : 2 hari 1malam
Gred Kesukaran : 7/10
Gred Kecantikan : 7/10
Gred Kesejukan : 7/10
Gred Bekalan Air : 5/10

JADUAL PENDAKIAN

Pendakian Gunung Chabang boleh dibuat di dalam masa 2 hari / 1 malam.

Hari Pertama

8.00am – Bertolak masuk dari Simpang Pulai
9.00am – Mula mendaki ke Sg Selim
10.30am – Rehat sebentar di air terjun Sg Selim
11.00am – Sambung semula pendakian (3jam tanpa air)
2.00pm – Tiba water point terakhir (makan tengahari dan rehat)
3.00pm – Sambung semula perjalanan (bawa air dari sini untuk bermalam di kem botak)
5.00pm – Tiba di kem Botak (mendirikan khemah dan minum petang)
6.00pm – Bersiar-siar ke puncak (15minit perjalanan)
7.00pm – Kembali ke kem Botak untuk sessi menatap Banjaran Titiwangsa

Hari ke 2

8.00am – Bangun masak sarapan
9.00am – Mula turun dari kem
12.00pm – Makan tengahari di air terjun
3.00pm – Tiba di Pos Selim (tamat)

Apabila bermalam nanti perlu ada sleeping bag sendiri dan juga pakaian tebal Рsweater dsb. Malam sejuk ye.. Dan kita bermalam dengan menggunakan flysheet dan ground sheet sahaja. Tak bawak khemah kerana berat dan kawasan perkhemahan tidak terlalu luas.  Setiap peserta perlu membawa 1 Р1.5L air oleh kerana waterpoint jauh dari lokasi berkhemah.

Jika anda berminat untuk mendaki Gunung Chabang, boleh hubungi kami.

email contact

PERSIAPAN PERALATAN PENDAKIAN
Peralatan Yang Perlu Bawa Oleh Peserta (wajib) – Lampu Suluh atau headlamp – Baju Sejuk – Baju Hujan – Socks – Pinggan – Cawan – Sudu – Sleeping Bag – Carry mat – 2 Botol air 1.5L

Gunung-gunung lain yang juga diminati pendaki untuk program pendakian termasuk seperti Gunung Suku, Gunung Chamah, Gunung Gerah, Gunung Liang, Gunung Stong dan juga Gunung Bujang Melaka. Sekiranya berminat untuk Gunung Bujang Melaka kami ada maklumatnya di bawah.

ARTIKEL BERKAITAN
Program Pendakian Gunung Bujang Melaka (Kampar)